ISI 2:Menggalakan rakyat membudayakan kehidupan lebih sihat dan cergas
HURAIAN:Pada zaman yang penuh dengan pelbagai jenis teknologi dan cabaran ini,kita dapati bahawa kehidupan masa kini telah jauh berubah berbanding 20 tahun yang lalu.Masyarakat masa kini telah mengamalkan pelbagai jenis gaya hidup yang sesuai dengan kehidupan mereka sekarang.Berdasarkan isi diatas iaitu menggalakan rakyat membudayakan kehidupan yang lebih sihat dan cergas.Perkara ini memfokuskan tentang amalan gaya hidup yang boleh mengurangkan pelbagai risiko penyakit pada masa hadapan.Namun demikian,ribuan rakyat Malaysia mempunyai berat badan yang berlebihan,tidak aktif dan terlalu banyak menghisap rokok.Selain itu,Faktor utama yang menyumbang kepada gaya hidup kurang sihat ini termasuklah pengambilan makanan yagng tidak sihat.cara mengatasi masalah ini dengan diiringi uasaha berterusan dalam menerapkan gaya hidup yang lebih sihat.Seterusnya,banyak usaha kerajaan untuk menangani masalah ini yang kerap berlaku di Malaysia.Malaysia juga telah memperkenalkan piramid makanan yang mewakili 3 bahagian hidangan yang optimum untuk dimakan pada setiap hari dari setiap kumpulan makanam asas.Disamping itu,bersenam juga dapat meningkatkan reaksi badan kepada hormon insulin,menguatkan otot dan jantung serta mengawal tekanan darah.Kesimpulannya,Pengalaman gaya hidup sihat dapat menjamin kesejehteraan rakyat Malaysia dan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian haruslah diamalkan bagi melahirkan rakyat ynag bebas penyakit
Comments
Post a Comment