Skip to main content

ISI DAN HURAIAN TENTANG KESIHATAN DAN PERPADUAN DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA MENJAMIN KEPADA PEMBANGUNAN SEBUAH NEGARA

ISI DAN HURAIAN TENTANG KESIHATAN DAN PERPADUAN DALAM KALANGAN        RAKYAT MALAYSIA MENJAMIN KEPADA PEMBANGUNAN SEBUAH NEGARA












ISI:Masyarakat perlulah sentiasa melakukan aktiviti senaman demi menjaga kesihatan dan pada masa yang sama dapat memupuk perpaduan



HURAIAN:Senaman ialah pengerakan badan yang dilakukan secara berulang-kali dan secara terancang yang bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan kecergasan fizikal.Selain itu,senaman juga melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak.Kebanyakkan orang melalukan senaman ini pada waktu pagi atau petang.Antara senaman yang biasanya orang lakukan ialah berjoging di kawasan perumahan ataupun di taman-taman berhampiran.Terdapat banyak faedah apabila melakukan senaman ini iaitu dapat menghidari dari penyakit yang berbahaya seperti sakit jantung dan obesiti.Senaman juga dapat mengeratkan hubungan sillaturahim antara keluarga dan masyarakat sekeliling.Oleh itu,kita akan lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan masyarakat.Bersenam juga merupakan terapi minda kerana dapat menghirup udara yang segar semasa melakukan aktiviti bersenam di luar.Perpaduan adalah hubungan erat atau sifat bertoleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama.Kesimpulannya,rakyat Malaysia mestilah melakukan aktivit bersenam ini kerana aktivi ini mempunyai pelbagai faedah yang dapat diperolehi contohnya tubuh badan yang sihat.bak kata pepatah "Badan cergas minda cerdas"

Comments